Pemeriksaan Mata Kanak-Kanak yang Menyeluruh & Profesional
Penglihatan yang baik sangat penting untuk perkembangan pembelajaran dan keyakinan diri anak-anak. Namun, ramai ibu bapa tidak sedar bahawa masalah mata boleh berlaku tanpa simptom yang jelas.
Di klinik kami sebagai optometris Sungai Petani, Kedah, kami menyediakan Children Eye Screening (3 – 18 tahun) yang komprehensif untuk memastikan kesihatan mata anak anda berada dalam keadaan terbaik.
Kenapa Pemeriksaan Mata Kanak-Kanak Sangat Penting?
Kanak-kanak jarang mengadu masalah penglihatan kerana mereka tidak sedar bahawa apa yang dilihat adalah tidak normal.
Antara risiko jika tidak dikesan awal:
Prestasi akademik merosot
Sukar fokus dalam kelas
Sakit kepala berulang
Mata malas (Lazy Eye)
Juling (strabismus)
Miopia (rabun jauh) meningkat dengan cepat
Pemeriksaan awal boleh membantu mencegah masalah menjadi lebih serius.
Tanda Anak Anda Mungkin Ada Masalah Mata
Perhatikan jika anak anda:
Duduk terlalu dekat dengan TV
Sering menggosok mata
Mengadu sakit kepala
Tutup sebelah mata ketika membaca
Tulisan semakin besar atau senget
Sukar fokus dalam kelas
Jika ada salah satu tanda ini, segeralah lakukan pemeriksaan.
Apa Yang Termasuk Dalam Children Eye Screening?
Pakej pemeriksaan kami merangkumi:
✔ Visual Acuity
Ujian ketajaman penglihatan untuk menilai tahap rabun.
✔ Ujian Rabun Warna
Mengesan masalah diskriminasi warna yang boleh menjejaskan pembelajaran.
✔ Visual Alignment (Cover Test & Hirschberg)
Mengesan masalah juling atau ketidakseimbangan mata.
✔ Eye Power Measurement (Autoref & Subjektif)
Pengukuran power mata secara tepat dan menyeluruh.
✔ Laporan Kesihatan Mata
Laporan lengkap untuk rujukan ibu bapa.
✔ Surat Rujukan (Jika Perlu)
Jika terdapat masalah serius, kami akan keluarkan surat rujukan ke pakar mata hospital.
Pengawalan Miopia (Rabun Jauh) Untuk Kanak-Kanak
Miopia dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat akibat:
Penggunaan gadget berlebihan
Kurang aktiviti luar
Pendedahan skrin terlalu lama
Sebagai optometris di Sungai Petani, kami turut menyediakan nasihat dan pemantauan untuk kawalan miopia bagi mengelakkan peningkatan power yang terlalu cepat.
Bila Waktu Sesuai Untuk Pemeriksaan?
Kami sarankan:
✔ Umur 3 – 6 tahun: Pemeriksaan awal sebelum masuk sekolah
✔ Umur sekolah rendah: Sekurang-kurangnya setahun sekali
✔ Jika ada simptom: Datang segera
Kenapa Pilih Kami Untuk Children Eye Screening di Sungai Petani?
✔ Pemeriksaan mesra kanak-kanak
✔ Peralatan moden & tepat
✔ Penjelasan mudah difahami ibu bapa
✔ Lokasi mudah di Sungai Petani, Kedah
✔ Harga berpatutan
Kami percaya pengesanan awal adalah kunci utama kesihatan mata jangka panjang.
Lindungi Penglihatan Anak Anda Hari Ini
Masalah mata yang dikesan awal lebih mudah dirawat dan dikawal. Jangan tunggu sehingga prestasi anak terjejas.
📍 Kunjungi klinik kami untuk Children Eye Screening di Sungai Petani, Kedah.
Hubungi kami sekarang untuk temujanji atau walk-in.

