Pusat Penjagaan Kesihatan Mata Primer Anda Yang Prihatin.
Lagenda Optometrist Centre Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Puan Amalia binti Shukor, seorang optometri berpengalaman hampir dua dekad dalam bidang penjagaan penglihatan. Dengan kepakaran dan dedikasi yang tinggi, beliau menubuhkan pusat ini dengan hasrat untuk membantu masyarakat mendapatkan penglihatan yang optimum dan memuaskan melalui perkhidmatan yang profesional, mesra, dan berkualiti.
Nama “Lagenda” membawa makna yang istimewa, diinspirasikan daripada tempat kelahiran pengasasnya di Pulau Langkawi, pulau yang terkenal dengan lagenda Mahsuri. Nama ini menjadi lambang kepada semangat warisan, kejujuran, dan keunggulan yang diterapkan dalam setiap aspek perkhidmatan Lagenda Optometrist Centre.
Bermula dengan cawangan pertama di Taman Tuanku Haminah, Sungai Petani, kini Lagenda Optometrist Centre telah berkembang dengan cawangan kedua di Lagenda Height, Sungai Petani. Perkembangan ini mencerminkan komitmen syarikat untuk memperluas capaian dan memberi manfaat kepada lebih ramai pelanggan.
Misi
Seiring dengan misi dan motto “Your Attentive Primary Eyecare” serta “Pakar Penglihatan Anda”, Lagenda Optometrist Centre terus mengekalkan reputasi sebagai penyedia perkhidmatan optometri yang memberi tumpuan penuh terhadap keperluan setiap individu.
Hingga kini, Lagenda Optometrist Centre Sdn. Bhd. telah berjaya membantu hampir 10,000 pelanggan mendapatkan penglihatan yang lebih jelas dan selesa sejak penubuhannya pada tahun 2013 — satu pencapaian yang mencerminkan kepercayaan dan kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang ditawarkan.
+
Pelanggan
Optometris Bertauliah & Berpengalaman
Pemeriksaan mata dijalankan secara profesional oleh optometris berdaftar KKM untuk hasil yang tepat dan dipercayai.
Perkhidmatan Optometri Lengkap
Dari ujian mata hingga kanta lekap dan kawalan rabun, semua keperluan penglihatan anda tersedia di satu tempat.
Lagenda Optometry Centre
Optometrist Kami
AMALIA BINTI SHUKOR
BACHELOR OPTOMETRY (HONS) UKM
PRIETA A/P BHASKAR
B. OPTOMETRY (HONS) MSU
Antara perkhidmatan utama yang disediakan termasuk:
Dengan pengalaman hampir 20 tahun dalam bidang optometri, Puan Amalia dan pasukan Lagenda Optometrist Centre terus komited menjadi penyedia penjagaan penglihatan utama di Sungai Petani, menawarkan bukan sahaja penglihatan yang jelas, tetapi juga keyakinan dan keselesaan dalam setiap pandangan