Perkhidmatan Kami > Ujian Penglihatan

Pemeriksaan Urat Belakang Mata (Fundus)?

Apa Itu Pemeriksaan Urat Belakang Mata (Fundus)?

Pemeriksaan fundus ialah ujian untuk melihat bahagian dalam mata, termasuk retina, salur darah, makula dan saraf optik. Ia menggunakan cahaya khas serta alat optik untuk menilai keadaan kesihatan mata dan mengesan penyakit yang mungkin tidak menunjukkan simptom pada peringkat awal.

Ujian fundus sangat penting untuk mengesan penyakit seperti:
  • Diabetes Retinopati
  • Glaukoma
  • Hipertensi Retina
  • Koyakan Retina
  • Degenerasi Makula
  • Masalah Saraf Optik

Apa Yang Akan Berlaku Semasa Pemeriksaan Fundus?

Pemeriksaan bermula dengan semakan ringkas mengenai sejarah kesihatan anda, terutama berkaitan tekanan darah, kencing manis, atau masalah mata yang dialami.

Optometris atau doktor mata akan:
  • Menyuluh cahaya lembut ke dalam mata menggunakan alat khas.
  • Meminta anda melihat ke arah tertentu (atas, bawah, kiri, kanan) untuk melihat keseluruhan retina.
Jika perlu, titisan pengembang anak mata (dilation) akan digunakan bagi membuka pupil supaya bahagian dalam mata dapat dilihat dengan lebih jelas. Ujian ini tidak sakit, cuma mungkin rasa silau sementara selama 2–4 jam selepas pemeriksaan.

Proses Pemeriksaan Fundus

Pemeriksaan dilakukan menggunakan satu atau lebih alat berikut:
  • Direct/Indirect Ophthalmoscopy - Alat optik dengan cahaya yang membolehkan optometris melihat retina secara terus.
  • Fundus Camera - Kamera khas yang mengambil gambar bahagian belakang mata. Ia membolehkan doktor menyimpan rekod keadaan retina & membandingkan perubahan dari masa ke masa.
  • Slit Lamp + Lens - Mikroskop yang memberikan pandangan retina dengan pembesaran tinggi untuk pemeriksaan terperinci.

Kelebihan Pemeriksaan Fundus

  • Mengesan penyakit mata lebih awal, sebelum gejala timbul.
  • Membantu mengesan masalah kesihatan umum seperti diabetes dan hipertensi melalui keadaan salur darah retina.
  • Memberi gambaran jelas tentang status kesihatan retina, makula dan saraf optik.
  • Membantu merancang rawatan awal untuk mengelakkan komplikasi serius termasuk risiko kebutaan.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Pemeriksaan Fundus

  • Sekali setahun untuk individu normal.

  • Setiap 6 bulan bagi pesakit diabetes, darah tinggi atau glaukoma.

  • Lebih kerap jika disarankan oleh optometris atau pakar mata.

Tidak. Ujian ini hanya melibatkan cahaya terang. Jika titisan pengembang anak mata digunakan, anda mungkin rasa silau sementara.

Jika pupil dikembangkan, anda mungkin sukar melihat cahaya terang dan tidak digalakkan memandu selama 2–4 jam. Jadi, lebih baik datang bersama seseorang.

Kebanyakan pusat optometri menerima walk-in, tetapi lebih baik buat temujanji untuk mengelakkan menunggu lama terutamanya jika memerlukan gambar fundus.

Set Temujanji

Inquiry – Ujian Pemeriksaan Fundus
Nikmati pemeriksaan mata profesional dengan layanan mesra dan peralatan moden untuk semua peringkat umur—daripada bayi, kanak-kanak hingga dewasa.

Perkhidmatan Berkaitan > Ujian Penglihatan

Ujian Rabun Warna
Ketahui Lanjut
Ujian Katup (Juling)
Ketahui Lanjut
Ujian Rabun (rabun jauh, rabun dekat, dan silau)
Ketahui Lanjut
Mata kering
Ketahui Lanjut
Mata malas (Lazy Eye)
Learn more
Pengawalan Miopia (kanak-kanak)
Ketahui Lanjut
Eye Power Measurement (Autoref & Subjektif)
Ketahui Lanjut
Rujukan pakar
Ketahui Lanjut
Preskripsi kanta lekap
Ketahui Lanjut
lagendaoptometry.com Copyright © 2025 | Lagenda Optometrist Centre Sdn Bhd (1261431-M)