
+
+
+
+


Optometrist – Menjalankan pemeriksaan mata, menentukan power, kesihatan mata, preskripsi cermin mata/kanta lekap, dan mengesan penyakit mata.
Optician – Membuat dan menyiapkan cermin mata berdasarkan preskripsi.
Ophthalmologist – Doktor pakar mata yang merawat penyakit serius dan melakukan pembedahan.
Kami mengesyorkan pemeriksaan mata setahun sekali untuk memastikan kesihatan mata sentiasa dalam keadaan baik, atau lebih kerap jika anda mempunyai masalah penglihatan tertentu.
Pemeriksaan mata boleh dilakukan seawal 6 bulan, namun pemeriksaan menyeluruh sangat digalakkan pada usia 3–5 tahun dan selepas itu setiap tahun.
Myopia control ialah kaedah untuk melambatkan perkembangan rabun jauh (myopia) pada kanak-kanak.
Di Lagenda Optometry, kami menyediakan:
Kanta Stellest
Lens khas untuk kawalan myopia
Nasihat & pemantauan berkala
Ya. Kami menyediakan Ortho-K (Orthokeratology) — kanta malam yang dipakai ketika tidur untuk membentuk semula kornea, lalu memberikan penglihatan jelas pada waktu siang tanpa cermin mata atau kanta lekap.
Pemeriksaan biasanya merangkumi:
Ujian kuasa mata (refraction)
Pemeriksaan bahagian hadapan mata (slit lamp)
Pemeriksaan belakang mata (fundus)
Ujian rabun warna / mata kering (jika perlu)
Konsultasi & preskripsi lengkap
Walk-in diterima, namun temujanji sangat digalakkan supaya pemeriksaan dapat dijalankan dengan lebih teratur dan tanpa menunggu lama.
Ya. Kami sering menerima rujukan untuk pemeriksaan lanjut seperti katarak, glaukoma dan diabetik retinopati. Kami juga menyediakan laporan ringkas jika diperlukan.
Ya! Kami menyediakan bingkai khas untuk bayi seawal 6 bulan, kanak-kanak dan remaja dengan material yang ringan, selesa dan tahan lasak.
Ya. Kami menyediakan:
Screening sekolah
Screening komuniti
Mobile clinic (klinik bergerak)
Program ini boleh diatur mengikut permintaan.