Perkhidmatan Kami > Ujian Penglihatan

Mata Malas (Lazy Eye Examination)

Apa Itu Pemeriksaan Mata Malas (Lazy Eye Examination)?

Pemeriksaan mata malas ialah ujian untuk menilai sama ada kanak-kanak mengalami mata malas (amblyopia) — satu keadaan di mana salah satu mata tidak berkembang dengan baik, menyebabkan penglihatan menjadi lemah.

Apa Yang Akan Berlaku Semasa Pemeriksaan Mata Malas?

Optometris akan menjalankan beberapa jenis ujian untuk menilai tahap penglihatan dan fungsi kedua-dua mata kanak-kanak.

Melalui keputusan ujian, optometris dapat menentukan sama ada kanak-kanak mempunyai tanda-tanda mata malas atau tidak.

Proses Pemeriksaan Mata Malas

  • Kanak-kanak akan duduk di kerusi pemeriksaan.
  • Optometris akan melakukan ujian menggunakan pelbagai alat untuk memeriksa tindak balas mata dan ketajaman penglihatan.
  • Jika kanak-kanak tidak dapat memberikan respon secara lisan, optometris akan menggunakan teknik alternatif yang tidak memerlukan sebarang jawapan daripada mereka.

Kepentingan Pemeriksaan Mata Malas

  • Membantu mengesan masalah mata malas lebih awal untuk mengelakkan ia menjejaskan perkembangan penglihatan dan kemampuan belajar kanak-kanak.
  • Rawatan awal meningkatkan peluang pemulihan penglihatan dengan lebih berkesan.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Pemeriksaan Mata Malas

Ya, pemeriksaan ini sangat penting untuk hampir semua kanak-kanak bagi memastikan keadaan penglihatan mereka normal dan tidak mengganggu proses pembelajaran.

Ya, mata malas boleh dirawat lebih berkesan jika dikesan awal. Rawatan mungkin melibatkan penutup mata (eye patch), titis mata khas, kanta pembetulan, atau terapi penglihatan.

Ya, walaupun jarang, mata malas boleh berlaku pada kedua-dua mata (bilateral amblyopia). Pemeriksaan awal sangat penting untuk mengenal pasti keadaan ini.

Set Temujanji

Inquiry – Ujian Mata Malas
Nikmati pemeriksaan mata profesional dengan layanan mesra dan peralatan moden untuk semua peringkat umur—daripada bayi, kanak-kanak hingga dewasa.

Perkhidmatan Berkaitan > Ujian Penglihatan

Ujian Rabun Warna
Ketahui Lanjut
Ujian Katup (Juling)
Ketahui Lanjut
Ujian Rabun (rabun jauh, rabun dekat, dan silau)
Ketahui Lanjut
Mata kering
Ketahui Lanjut
Pengawalan Miopia (kanak-kanak)
Ketahui Lanjut
Urat Belakang Mata (FUNDUS)
Ketahui Lanjut
Eye Power Measurement (Autoref & Subjektif)
Ketahui Lanjut
Rujukan pakar
Ketahui Lanjut
Preskripsi kanta lekap
Ketahui Lanjut
lagendaoptometry.com Copyright © 2025 | Lagenda Optometrist Centre Sdn Bhd (1261431-M)