Perkhidmatan Kami > Ujian Penglihatan

Katarak

Apa Itu Katarak?

Katarak ialah keadaan di mana kanta mata menjadi keruh, menyebabkan penglihatan kabur, kusam atau tidak jelas. Ia berlaku apabila protein dalam kanta mata berubah struktur seiring usia atau faktor kesihatan tertentu.

Katarak merupakan penyebab utama masalah penglihatan dalam kalangan warga emas, tetapi ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja.

Antara jenis katarak:
  • Katarak berkaitan usia (senile cataract) – paling biasa.
  • Katarak akibat diabetes.
  • Katarak kongenital – sejak lahir.
  • Katarak selepas trauma atau ubat tertentu.

Apa Yang Akan Berlaku Semasa Pemeriksaan Katarak?

Pemeriksaan katarak dilakukan oleh optometris atau pakar mata untuk mengenal pasti tahap kekaburan kanta mata.

Ujian yang biasa dilakukan termasuk:
  • Ujian ketajaman penglihatan (VA test).
  • Pemeriksaan lampu celah (slit lamp) untuk melihat kekeruhan kanta dengan jelas.
  • Pemeriksaan fundus (jika pupil dibesarkan) untuk menilai kesihatan retina dan saraf optik.
  • Tonometri (jika perlu) untuk memeriksa tekanan mata.
Ujian ini tidak sakit dan biasanya mengambil masa sekitar 10–20 minit.

Proses Pemeriksaan Katarak

Autorefraction

  • Ketajaman Penglihatan (VA) - Menilai sama ada penglihatan kabur berpunca daripada katarak atau masalah lain seperti rabun.
  • Slit Lamp Examination - Doktor atau optometris melihat kanta mata di bawah mikroskop khas untuk menentukan lokasi kekeruhan, jenis katarak, peringkat awal / sederhana / teruk
  • Pupil Dilation (Jika perlu) - Titisan digunakan untuk membesarkan anak mata. Ia membantu melihat keseluruhan kanta dan retina dengan lebih jelas.

Kelebihan Pemeriksaan Katarak

  • Mengesan tanda awal katarak sebelum mengganggu aktiviti harian.
  • Menentukan sama ada penglihatan kabur berpunca daripada katarak atau faktor lain.
  • Membantu merancang rawatan yang sesuai, termasuk bila pembedahan diperlukan.
  • Mengelakkan risiko komplikasi seperti katarak matang yang lebih sukar dirawat.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Katarak

  • Penglihatan kabur atau berkabus

  • Silau teruk terutama waktu malam

  • Warna kelihatan pudar

  • Sering tukar power cermin mata

  • Nampak “halo” atau lingkaran cahaya

Tidak. Cermin mata hanya membantu sementara. Rawatan utama katarak ialah pembedahan apabila ia mula menjejaskan penglihatan harian.

  • mengganggu kerja harian seperti membaca, memandu atau melihat telefon

  • menyebabkan silau teruk

  • tidak lagi bertambah baik walaupun power disesuaikan

Tidak. Katarak berkembang perlahan dan tidak menyebabkan rasa sakit.

Ya. Pembedahan katarak moden sangat selamat, cepat dan biasanya mengambil masa 10–15 minit per mata.

Set Temujanji

Inquiry – Katarak
Nikmati pemeriksaan mata profesional dengan layanan mesra dan peralatan moden untuk semua peringkat umur—daripada bayi, kanak-kanak hingga dewasa.

Perkhidmatan Berkaitan > Ujian Penglihatan

Ujian Rabun Warna
Ketahui Lanjut
Ujian Katup (Juling)
Ketahui Lanjut
Ujian Rabun (rabun jauh, rabun dekat, dan silau)
Ketahui Lanjut
Mata kering
Ketahui Lanjut
Mata malas (Lazy Eye)
Learn more
Pengawalan Miopia (kanak-kanak)
Ketahui Lanjut
Urat Belakang Mata (FUNDUS)
Ketahui Lanjut
Eye Power Measurement (Autoref & Subjektif)
Ketahui Lanjut
Rujukan pakar
Ketahui Lanjut
Preskripsi kanta lekap
Ketahui Lanjut
lagendaoptometry.com Copyright © 2025 | Lagenda Optometrist Centre Sdn Bhd (1261431-M)