Perkhidmatan Kami > Ujian Penglihatan

Rujukan Pakar

Rujukan pakar ialah proses di mana optometris mengarahkan anda berjumpa pakar mata (ophthalmologist) untuk mendapatkan pemeriksaan lanjutan atau rawatan khusus.

Langkah ini dilakukan apabila keadaan mata memerlukan penilaian atau prosedur yang hanya boleh dilakukan oleh pakar perubatan mata.

Rujukan pakar penting untuk kes:
  • Penyakit mata serius atau berisiko tinggi
  • Rawatan pembedahan seperti katarak
  • Rawatan perubatan untuk glaukoma, jangkitan atau kecederaan mata

Apa Yang Berlaku Semasa Proses Rujukan Pakar?

Optometris akan :
  • Menerangkan keadaan mata anda dengan jelas.
  • Menyediakan surat rujukan lengkap yang menerangkan keputusan ujian dan pemerhatian klinikal.
  • Mencadangkan hospital atau pusat pakar yang sesuai.
  • Memberi panduan tentang apa yang perlu dibawa dan apa yang dijangka semasa temujanji pakar.
Anda hanya perlu hadir pada tarikh temujanji yang ditetapkan.

Proses Rujukan Pakar (Step by Step)

  • 1. Diagnosis Awal oleh Optometris - Ujian mata seperti fundus, tonometri, slit lamp, power measurement dan pemeriksaan lain dilakukan terlebih dahulu.
  • 2. Penjelasan Masalah, Optometris menerangkan tantang apa yang ditemui, risiko atau komplikasi & mengapa rawatan lanjut diperlukan
  • 3. Surat Rujukan (Surat rasmi) disediakan mengandungi keputusan semua ujian, diagnosis sementara, cadangan rawatan & maklumat untuk pakar mata
  • 4. Penentuan Tempat & Pakar, Optometris mencadangkan hospital/pusat mata terbaik mengikut tahap kes serius, jarak & keperluan pembedahan atau rawatan khusus

Kelebihan Rujukan Pakar

  • Membantu mendapatkan rawatan lebih tepat dan cepat.
  • Mengurangkan risiko komplikasi mata yang boleh membawa kepada kehilangan penglihatan.
  • Memberi pemantauan lanjutan oleh pakar mata bertauliah.
  • Memastikan rawatan terbaik berdasarkan tahap penyakit.

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Rujukan Pakar

Kerana keadaan mata anda memerlukan rawatan lanjut atau prosedur yang tidak boleh dilakukan oleh optometris, contohnya pembedahan katarak atau rawatan glaukoma.

Tidak semestinya.
Ada rujukan bersifat pencegahan, contohnya untuk peringkat awal glaukoma atau pemeriksaan retina bagi pesakit diabetes.

Bergantung kepada tahap kes.

  • Segera (emergency) – kes retina koyak, tekanan mata terlalu tinggi.

  • Dalam masa 1–2 minggu – glaukoma awal, jangkitan mata tertentu.

  • Dalam 1–3 bulan – katarak biasa, pemeriksaan rutin untuk diabetes.

Ya. Surat ini penting kerana ia mengandungi maklumat klinikal lengkap untuk pakar mata.

  • cermin mata / preskripsi terkini

  • ubat-ubatan yang sedang diambil

  • rekod kesihatan berkaitan (jika ada)

  • surat rujukan

  • senarai simptom atau perubahan penglihatan

Set Temujanji

Inquiry – Rujukan Pakar
Nikmati pemeriksaan mata profesional dengan layanan mesra dan peralatan moden untuk semua peringkat umur—daripada bayi, kanak-kanak hingga dewasa.

Perkhidmatan Berkaitan > Ujian Penglihatan

Ujian Rabun Warna
Ketahui Lanjut
Ujian Katup (Juling)
Ketahui Lanjut
Ujian Rabun (rabun jauh, rabun dekat, dan silau)
Ketahui Lanjut
Mata kering
Ketahui Lanjut
Mata malas (Lazy Eye)
Learn more
Pengawalan Miopia (kanak-kanak)
Ketahui Lanjut
Urat Belakang Mata (FUNDUS)
Ketahui Lanjut
Eye Power Measurement (Autoref & Subjektif)
Ketahui Lanjut
Preskripsi kanta lekap
Ketahui Lanjut
lagendaoptometry.com Copyright © 2025 | Lagenda Optometrist Centre Sdn Bhd (1261431-M)