Perkhidmatan Kami > Ujian Penglihatan

Ujian Rabun (rabun jauh, rabun dekat, dan silau)

Apa Itu Ujian Rabun (Rabun Jauh, Rabun Dekat & Silau)?

Ujian rabun ialah pemeriksaan untuk menilai sejauh mana mata anda dapat melihat dengan jelas pada jarak jauh, jarak dekat dan dalam keadaan cahaya yang berbeza.

Ujian ini mengesan kondisi seperti:
  • Rabun Jauh (Myopia) – sukar melihat jauh, tetapi jelas melihat dekat.
  • Rabun Dekat (Hyperopia) – sukar melihat dekat, tetapi jelas melihat jauh.
  • Silau / Astigmatisme – penglihatan kabur atau berganda pada semua jarak akibat bentuk kornea yang tidak sekata.
Pemeriksaan ini penting bagi memastikan anda mendapat preskripsi cermin mata atau kanta lekap yang betul untuk penglihatan optimum.

Apa Yang Akan Berlaku Semasa Ujian Rabun?

Pemeriksaan bermula dengan anda membaca huruf pada chart penglihatan (Snellen Chart) pada jarak tertentu.

Optometris akan menilai sama ada penglihatan anda kabur, tidak fokus atau tidak seimbang antara kedua-dua mata.
Proses ini tidak sakit, mudah dan biasanya mengambil masa 10–15 minit sahaja.

Proses Ujian Rabun

  • Optometris menggunakan phoropter atau lensa percubaan untuk menukar lensa satu persatu.
  • Anda akan diminta memilih lensa yang memberikan penglihatan paling jelas.
  • Pemeriksaan tambahan seperti retinoskopi dibuat untuk mengukur rabun secara objektif.
  • Untuk silau, optometris akan menguji bentuk pembiasan mata bagi menentukan tahap astigmatisme.

Kelebihan Ujian Rabun

  • Memberikan preskripsi yang tepat untuk melihat lebih jelas pada semua jarak.
  • Mengurangkan masalah sakit kepala, mata letih dan fokus tidak stabil.
  • Membantu mengesan perubahan rabun lebih awal, terutama pada kanak-kanak dan pelajar.
  • Menyokong penglihatan lebih selesa ketika membaca, memandu atau bekerja di komputer.
faq

Soalan Lazim (FAQ) Mengenai Ujian Rabun

Kami mengesyorkan pemeriksaan mata setiap tahun, atau lebih kerap jika anda mengalami perubahan penglihatan.

Ya. Kanak-kanak disarankan menjalani pemeriksaan mata seawal usia sekolah untuk mengesan masalah pembelajaran akibat rabun.

Bergantung kepada umur dan keadaan mata. Rabun biasanya berubah mengikut usia dan gaya hidup, terutamanya penggunaan skrin.

Set Temujanji

Inquiry – Ujian Rabun (rabun jauh, rabun dekat, dan silau)
Nikmati pemeriksaan mata profesional dengan layanan mesra dan peralatan moden untuk semua peringkat umur—daripada bayi, kanak-kanak hingga dewasa.

Perkhidmatan Berkaitan > Ujian Penglihatan

Ujian Rabun Warna
Ketahui Lanjut
Ujian Katup (Juling)
Ketahui Lanjut
Mata kering
Ketahui Lanjut
Mata malas (Lazy Eye)
Learn more
Pengawalan Miopia (kanak-kanak)
Ketahui Lanjut
Urat Belakang Mata (FUNDUS)
Ketahui Lanjut
Eye Power Measurement (Autoref & Subjektif)
Ketahui Lanjut
Rujukan pakar
Ketahui Lanjut
Preskripsi kanta lekap
Ketahui Lanjut
lagendaoptometry.com Copyright © 2025 | Lagenda Optometrist Centre Sdn Bhd (1261431-M)