Seorang pelanggan wanita Melayu berusia 28 tahun hadir ke kedai dengan aduan mata gatal selepas memakai kanta sentuh, mata merah pada penghujung hari, penglihatan kadang-kadang kabur serta kanta sentuh terasa tidak selesa dan mudah bergerak ketika berkelip. Pesakit juga mengalami lendiran putih pada waktu pagi.
Hasil sejarah menunjukkan pesakit memakai kanta lekap jenis bulanan melebihi tempoh yang disarankan, kadang-kadang tertidur dengan kanta lekap, tidak menukar kanta secara konsisten dan jarang menggantikan bekas simpanan kanta lekap.
Pemeriksaan mendapati penglihatan adalah 6/6 bagi kedua-dua belah mata dengan pembetulan. Pemeriksaan slit lamp menunjukkan papila yang membesar pada konjunktiva palpebra superior, hiperemia ringan serta kehadiran mukus, manakala kornea masih jernih.
Pesakit didiagnosis mengalami Giant Papillary Conjunctivitis (GPC). Pengurusan yang diberikan ialah menghentikan pemakaian kanta lekap selama 2–4 minggu, menggunakan titisan pelincir tanpa bahan pengawet, dan dirujuk kepada pakar oftalmologi jika perlu. Pesakit turut dinasihatkan bertukar kepada kanta lekap harian selepas pulih serta mengamalkan penjagaan dan kebersihan kanta sentuh yang betul.

