Baru-baru ini, seorang pelanggan wanita berusia sekitar 30-an yang merupakan pengguna kanta lekap tetap kami datang ke kedai kerana mengalami mata gatal, rasa mencucuk (tingling), dan berair sejak beberapa hari.
Selepas pemeriksaan mata yang menyeluruh, kami mendapati beliau mengalami Papillary Conjunctivitis yang agak serius, iaitu Gred 3 pada sebelah mata dan Gred 4 pada sebelah lagi.
⚠️ Ini menjadi peringatan bahawa simptom yang kelihatan ringan seperti:
👁️ Mata gatal
💧 Mata berair
😣 Rasa tidak selesa ketika memakai kanta lekap
🔴 Mata merah
…boleh menjadi tanda awal kepada masalah yang lebih serius jika tidak dirawat.
💡 Jika anda pengguna kanta lekap:
✅ Jangan terus memakai kanta lekap apabila mata mula tidak selesa.
✅ Pastikan kebersihan kanta lekap sentiasa dijaga.
✅ Datang segera untuk pemeriksaan mata jika simptom berlarutan.
Kesihatan mata adalah keutamaan. Pemeriksaan awal boleh membantu mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk.
📍Jika anda mengalami simptom yang sama, jangan tunggu sehingga keadaan bertambah serius. Datanglah untuk pemeriksaan mata bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai.
❤️ Sayangi mata anda, kerana penglihatan yang sihat amat berharga.
-Optom Prieta

Mata sihat, penglihatan lebih terjaga. Jangan abaikan simptom walaupun nampak kecil. ❤️
-Optom Prieta

