Hari ini kami menerima seorang pesakit wanita berusia 34 tahun yang datang secara walk-in kerana menyangka kanta lekapnya masih tersangkut di dalam mata sejak semalam. Beliau juga mengalami mata merah, lebih ketara pada mata kanan berbanding mata kiri.
Selepas pemeriksaan menyeluruh, kami tidak menemui sebarang kanta lekap yang tertinggal. Namun, kami mendapati terdapat jangkitan pada bahagian dalam kelopak mata atas serta papillary conjunctivitis, yang menyebabkan mata menjadi merah dan tidak selesa.
💡 Pengajaran untuk semua pemakai kanta lekap:
✅ Jangan panik jika terasa seperti kanta masih berada di dalam mata.
✅ Elakkan menggosok mata.
✅ Jika mata merah, sakit, berair atau rasa seperti ada benda asing, segera dapatkan pemeriksaan mata.
✅ Jangan terus memakai kanta lekap sehingga mata benar-benar pulih dan mendapat nasihat daripada profesional penjagaan mata.
Mata sihat, penglihatan lebih terjaga. Jangan abaikan simptom walaupun nampak kecil. ❤️
-Optom Prieta

