Kami menerima seorang pelajar universiti perempuan berusia 23 tahun yang datang dengan aduan mata rasa berat dan sakit kepala selepas belajar lama menggunakan laptop.
Kes 1: Perempuan, 23 tahun, Pelajar Universiti
Beliau menggunakan laptop selama 6–8 jam sehari untuk tujuan pembelajaran. Selepas beberapa jam berada di hadapan skrin, dia mula mengalami pelbagai gejala yang mengganggu:
👁️ Mata penat & kering
🌫️ Penglihatan kabur sementara
🤕 Sakit kepala
😣 Leher dan bahu tegang
Pemeriksaan Optometris:
Selepas pemeriksaan menyeluruh, kami mendapati beliau mengalami rabun jauh dan rabun sila yang minimal, serta tanda-tanda mata mengalami ketegangan (eye strain) akibat fokus berpanjangan pada jarak dekat seperti skrin laptop.
💡 Solusi yang diberikan:
✅ Pembetulan rabun mata dengan cermin mata yang sesuai
✅ Amalkan kaedah 20-20-20 — setiap 20 minit, rehatkan mata selama 20 saat dengan melihat objek sejauh 20 kaki
✅ Pastikan pencahayaan dan jarak skrin sesuai
✅ Betulkan posisi duduk ketika menggunakan laptop
Jika anda atau orang tersayang mengalami simptom yang sama, jangan abaikan. Datanglah untuk pemeriksaan mata bagi mendapatkan penilaian yang tepat dan nasihat profesional.
❤️ Sayangi mata anda, kerana penglihatan yang sihat amat berharga.
-Optom Prieta

