Maklumat Pesakit
Jantina: Lelaki
Umur: 52 tahun
Bangsa: India
Aduan Utama
Pesakit hadir secara walk-in dengan aduan penglihatan kabur pada jarak jauh dan jarak dekat bagi kedua-dua mata. Tujuan utama pesakit datang ke klinik adalah untuk mendapatkan cermin mata bagi kegunaan harian.
Sejarah Masalah Semasa
Pesakit mengadu penglihatan semakin kabur dan mengalami kesukaran melihat objek pada jarak jauh dan dekat. Tiada maklumat lain yang signifikan diperoleh semasa lawatan.
Pemeriksaan Penglihatan (Visual Acuity)
Kanan (OD) : 6/15 -2
Kiri (OS) : Persepsi Cahaya (Light Perception, LP) sahaja
Pemeriksaan Refraksi
Semasa prosedur refraksi dijalankan:
Tiada refleks retina (no reflex) dapat diperhatikan pada mata kiri (OS).
Refleks retina yang malap (dull reflex) diperhatikan pada mata kanan (OD).
Penemuan ini menunjukkan kemungkinan terdapat kegelapan media okular yang menghalang pemerhatian refleks retina yang jelas.
-Optom Prieta
Pemeriksaan Slit Lamp
Kehadiran selaput pada kedua-dua mata.
Selaput matang (matured cataract) dikesan pada mata kiri (OS).
Tahap selaput adalah lebih teruk pada mata kiri berbanding mata kanan (OS > OD).
Diagnosis
Selaput bilateral (kedua-dua mata) dengan selaput matang pada mata kiri.
Pengurusan
Pesakit telah diberikan penerangan mengenai penemuan pemeriksaan dan keadaan selaput yang dialami. Oleh kerana tahap selaput yang ketara, terutamanya pada mata kiri, pesakit telah dirujuk kepada pakar oftalmologi untuk penilaian lanjut, pengesahan diagnosis, dan pertimbangan rawatan pembedahan selaput yang bersesuaian.
-Optom Prieta

